Saturday, January 10, 2015

PENJAGAAN KESELURUHAN BAGI WANITA UNTUK KEKAL ANGGUN MENAWAN






Wanita bagi saya adalah mahkluk yang sempurna. Dengan postur fizikal yang mendebarkan jejaka, rahim yang mengeluarkan nyawa, kulit yang gebu dan rambut yang menawan, semuanya adalah pakej yang lengkap. Terasa banggan apabila dikurniakan Allah fizikal yang sempurna, walaupun ada di kalangan kita yang kurang sempurna, tapi Allah mengurniakan kelebihan pada mereka, mungkin dari segi minda, dari segi kemahiran..sesungguhnya Allah tidak akan memberikan cubaan sekiranya kita tidak mampu untuk menanggungnya.

Berbalik pada cerita penjagaan kita tadi, kita mulakan dari penjagaan paling asas sekali, iaitu, penjagaan kulit.

Secara amnya, kulit manusia terdiri daripada lapisan epidermis dan dermis. Lapisan epidermis, adalah lapisan kulit yang TIDAK mempunyai saluran darah, dan bergantung kepada lapisan dermis untuk mendapat bekalan darah.

Dalam lapisan dermis kulit manusia, terdapat kelenjar sebum yang menghasilkan lemak sepanjang masa. Lemak ini adalah bertujuan bagi mengelakkan rambut dan kulit daripada menyerap air. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan kulit dan rambut dari kering, berkedut dan merekah.

Sel sel kulit kita akan sentiasa "reproduce". Bila sel terbaru terhasil, ia akan menolak sel kulit sedia ada keluar ke lapisan epidermis. Bila sel kulit ini berada di permukaan, ia akan terdedah kepada pencemaran, habuk, kekeringan dan pendedahan terus kepada set penjagaan kulit yang kita guna, dan akan mati. Walaubagaimanapun, proses ini berlaku setiap masa, dan boleh dikatakan, setiap detik, ada sahaja sel kulit yang mati di atas badan manusia. 

Sel sel kulit mati ini akan terkumpul bersama lemak lemak sebum, bakteria dan habuk dipermukaan kulit, dan kulit akan menjadi kotor dan bakteria akan mudah melaksanakan kerjanya untuk menghasilkan jerawat, jeragat, nanah, kanser dan sebagainya. Dan, menurut kajian saintis, di bahagian muka sahaja, dianggarkan terdapat 500 juta bakteria pada setiap inci persegi.

Pasal tu, kita kena titik beratkan penjagaan kulit kita, terutama di muka. Sebab, kulit tak berupaya untuk membuang sel kulit mati tu sendiri, kita kena TOLONG kulit kita. Macamana caranya :-

1. Mandi 2 atau 3 kali sehari dengan menggunakan bahan pencuci yang sesuai dengan kulit kita. Semasa mandi, kena gosok keseluruhan badan, setiap inci badan tu mesti kena sentuhan tangan kita, atau loofah..pada siapa yang guna loofah lah. Sebab, gosokan tu, mampu membantu merangsang pengaliran darah. Lepas tu, badan kena lap kering, pastikan x ada sisa air lagi kat badan kita. Petua orang dulu2, lepas mandi, sebelum keluar dari bilik air, kena keringkan badan kita...sekering keringnya. Supaya, kulit sentiasa tegang dan badan sentiasa sihat. Haa..yang ni saya tak pasti, tapi, betul kot, sebab saya memang lap badan kering2 sebelum keluar dari bilik air. Alhamdulillah, kulit ni x pernah mengecewakan..hihihi

2. Lepas mandi, kena guna bahan pelembab tuk melembabkan kulit kita. Ingat saya kata tadi, kulit x boleh melembabkan diri sendiri..lagi2 yang dah jauh kat lapisan epidermis, pasal tu kita kena bantu kulit kita. Guna losyen, dan bagi yang beragama islam. macam saya, kena pastikan losyen tu halal, sebab, nanti nak kena amek wuduk lagi kan.. So, sebelum nak amek wuduk tu, cucilah dulu anggota badan yang kita gunakan untuk berwuduk dengan sabun. Supaya air sampai ke kulit. Lepas sembahyang, apply balik...ha..tak susah kan..mula2 memang rasa susah..lama2 dah biasa, jadi rutin. 

3. Untuk kulit muka pula, kena apply pelembab. Sebab kulit muka nipis dari kulit badan, mudah kering, lagi2 kalau pencuci muka kita bukan jenis semulajadi...ada chemical...habis kulit kena peel hari2....kesian...Pasal tu pelembab SANGAT PENTING. Kita pun x nak kelihatan tua dari usia kan. Yang ni kena hari2 buat tau, jadikan rutin. Baru kulit sihat dan cantik.

4. Rambut pula, especially yang berhijab, penjagaan kena jadi ekstra, sebab rambut kita bertutup sepanjang hari. Kalau boleh, syampu rambut dengan syampu yang sesuai, pada waktu petang atau malam. Sebab kalau cuci pagi, nanti rambut x sempat kering sebelum pakai tudung. Ha, yang ni boleh menyebabkan kelemumur, atau rambut berbau. Masa syampu rambut tu, urut kulit kepala tu ya...bukan rambut..tapi kulit kepala, sebab kulit kepala akan menghasilkan minyak, dan minyak tu akan mengalir ke kulit kalau tak dibersihkan. Buih dari syampu tu nanti akan secara tidak langsung mencuci rambut kita. Syampu agak2 dalam 5 ke 10 minit, kemudian bilas bersih. Pastikan xda sisa syampu yang tinggal, sebab chemical dari syampu ni boleh menyebabkan rambut gugur kalau masih melekat kat rambut. Kecuali guna syampu yang semulajadi. Yang ni, nanti saya share dalam entry lain...sebab..ada orang kalau syampu rambut x banyak buih..x suka..sebab rasa x bersih...padahal buih tu lebih banyak merosakkan rambut. Lepas, syampu, guna pelembab, jangan sapu kat kulit kepala ya, sapu kat rambut saja, untuk melembabkan rambut. Lepas 5 minit, bilas....pun kena bersih juga...ingat ya..keywordnya..BERSIH. Then, kena keringkan..jangan gosok dengan tuala...nanti rambut gugur..tekap air berlebihan dengan tuala, kemudian biar kering sendiri...Kalau boleh, elakkan sikat rambut masa basah..atau keringkan dengan pengering rambut..sebab dalam fasa ni, rambut sangat lemah dan mudah putus atau gugur. 

5. Suplemen atau makanan tambahan pun perlu untuk kekal anggun. Harus diingat, semakin umur meningkat, tarikan graviti ke atas kulit kita makin kuat, dan pegangan antara sel makin lemah di sebabkan oleh gaya hidup, pemakanan dan persekitaran kita. Sel2 dalam badan pun akan meragam, kalau hari2 dihadapkan dengan makanan instant, kafein..hari2 kerja keras nak buang toksin...lepas tu xda back up...mestilah meragam kan. Pasal tu, makanan tambahan ni perlu untuk kita bantu sel2 dalam badan kita. Contohnya, vitamin C...vitamin C ni bagus untuk sistem imunisasi kita..malangnya ianya x dapat dihasilkan oleh badan.. dan untuk kekal cantik...kita kena makan 3000mg vitamin C segar yang bersamaan dengan 500 biji oren. Ha....boleh x kita nak makan 500 biji buah oren sehari? That's why, kita boleh beralih ke suplemen, tapi kena pastikan suplemen yang semula jadi saja ya. Macam saya sendiri, saya amalkan suplemen SHAKLEE..

ESP ~ untuk pembentukan sel kulit yang sihat dan anjal
Vit C ~ untuk sistem imunisasi, cerahkan kulit dan boost collagen
Vit E ~ untuk kulit awet muda, lindungi jantung dan penjagaan rumahtangga..hihih
Alfalfa ~ detox, kulit cantik, penjagaan rumahtangga
Lecithin ~ untuk kawal kolesterol, maintain slim, supaya lemak jahat x stay dlm badan
Omega Guard ~ untuk minda, bakar lemak yang x perlu, untuk jantung
Collagen ~ untuk kecantikan
Zinc ~ untuk rambut..saya suka berhias kat rumah..hehheh


6. Last sekali, senaman...haa...ni jangan sempitkan fikiran, asal senaman ja, kena aerobic or jogging or zumba...no...senaman ni adalah aktiviti yang mengeluarkan peluh..mengemas rumah, cuci tandas, mop lantai, main ngan anak, berkebun, tanam bunga..semua tu consider sebagai senaman juga. Cuma, saya suka syorkan senaman ni untuk wanita.

Sit up ~ bahagikan pada 3 masa, 10 masa bangun tidur, 10 lagi masa tengahari, n 10 lagi sebelum tidur malam. Bila dah biasa, boleh slowly tambah kuantiti tu.

Senaman kegel ~ ha..yg ni khas tuk wanita yang sudah berkahwin. Anytime, anywhere..heheh..caranya, macam kita nak tahan kencing, tarik otot v kita ke atas, tahan dalam kiraan 5 atau 10, then lepaskan. Ulang 10 kali tuk setiap sesi. Yang bestnya, aktiviti ni kita boleh buat bila bila masa. Masa masak, driving, cuci kain, jemur kain, tengok tv... Memang best..kesan ? hehehe...nnt kena tanya suami..

Squat ~ yang ni, bagus untuk ketatkan otot punggung. Walaupun punggung ni aurat, tapi kat rumah, elok tayang depan suami...heheheh...chubby....^__^. Suami mesti suka..sebab punggung cun..kikikiki..cara2 nak buat, bayangkan kita nak duduk atas kerusi, turunkan badan perlahan2, tangan lurus ke depan , bila agak2 nak sampai kerusi dalam bayangan kita tu, stop, n naik balik. Boleh buat 10 kali untuk setiap sesi.


There goes the things we need to do for our maintenance. Yang ni semua untuk penjagaan harian ya..Untuk penjagaan mingguan, nanti saya share kat next entry..till then...bubye..mmuah..

Lurve,
Maea
0145708903

No comments:

Post a Comment