Saturday, January 24, 2015

BAGAIMANA MENGURUSKAN KEWANGAN ??



Bagaimana menguruskan kewangan dengan baik? Ha....ini soalan yang selalu bermain dalam fikiran saya dulu. Dulu, saya memang fail bab2 pengurusan ni...buat schedule pun masih fail..sebab takda implementation...tapi..sebab saya ni suka membaca, suka explore blog2 kawan, fb, maka saya boleh rumuskan ENAM cara terbaik menguruskan wang. Kebanyakan kawan2 jutawan saya yang share pasal pengurusan kewangan ni, dapat ilmu pengurusan ni daripada seminar IMKK DAO. So, ilmu ni memang bukan dari saya, saya cuma share saja dan buat penegasan untuk diri sendiri agar LEBIH FOKUS selepas ni. 

Ok, macam saya yang baru saja berjinak-jinak dengan SHAKLEE dan ada kerja tetap, pendapatan saya adalah gaji + bonus shaklee. Jumlah gaji bersih saya, ialah 1400, bonus pertama shaklee saya ialah 40, so jumlah pendapatan saya untuk bulan Januari ialah 1440. Dari jumlah itu, saya akan pecahkan kepada 6 bahagian atau 6 dompet atau 6 tabung..hihihi

1. NECESSITY (KEPERLUAN) 55%

Duit dalam dompet ini adalah untuk perbelanjaan bulanan seperti :-

~ minyak kereta
~ belanja dapur
~ belanja kecantikan (ngee)
~ belanja anak

Ok, itu semua perkara yang saya masukkan dalam DOMPET KEPERLUAN ni. So, jumlah yang saya boleh belanja kan untuk semua perkara di atas ialah 55% x 1440 = 792. RM792 ni akan saya masukkan dalam dompet khas, dan tiap kali perlu, saya ambil duit dari dompet ni. Baki pun akan saya masukkan dalam dompet ni. So, baki ni kena bertahan selama sebulan...so, kalau saya nampak dah kurang banyak, saya akan cut down banyak nafsu membeli yang tak tentu..macam nak beli tudung baru, sebab dah bosan pakai tudung lama...ohhh....hehehe.

2. LONG TERM SAVING FOR SPENDING (SIMPANAN JANGKA PANJANG) 10%

Ok....duit dalam dompet ni saya simpan di bawah lipatan kain yang paling bawaaaaahhhh sekali..hehhe...supaya saya x ingat dan tak kacau...sebab memang tak boleh kacau sehingga 5 tahun, Jangka masa tu, anda boleh buat sendiri...macam saya, yang terburu nafsu nih....hahahha..memang kena pendekkan jangka masa penyimpanan... Tapi, bab simpan bawah kain tu sebenarnya, lagi bagus masuk dalam buku ASB. Contohnya, 10% x 1440 = 144. So, bulan ni saya akan simpan 144 dalam ASB. Wajib ok!! Peringatan untuk diri sendiri...hihihi.

3. EDUCATION (PENDIDIKAN) 10%

Pendidikan di sini adalah untuk pendidikan diri sendiri ya...bukan untuk anak-anak. Contohnya, perbelanjaan untuk seminar , atau macam shaklee, selalu buat kelas...so, kalau masa sesuai...saya akan hadiri kelas dengan menggunakan duit RM144 tu. Kalau timing x sesuai, saya spend untuk beli buku ilmiah..macam Rich Dad Poor Dad...ha.....kan menuntut ilmu tu wajib...

4. FUN (ENJOY) 10%

Hahahahahah...yang ni mesti masuk ok...hidup mesti happy....baru positif..bila positif baru akan tarik benda2 positif... So, saya akan gunakan RM144 tu untuk enjoy sepenuhhhnyaaa...hihii...ala....makan di luar, pegi mabul, spa....ha...dan..yang bestnya...RM144 ni, saya kena habiskan untuk bulan ni...Baki tidak boleh di bawa ke hadapan...hihii...seronok kannn...ala...mula2 memang sikit...nanti saya dah naik rank nanti, mesti bonus lebih banyak....nafsu pun mesti makin besarrrrr,,,,hahahah

5. FINANCIAL FREEDOM ACCOUNT (KEBEBASAN KEWANGAN) 10%

Ha....yang ini pasif income. Siapa yang x faham pasif income tu, ia adalah sebenarnya pendapatan yang dijana dari pendapatan kita secara pasif, atau perlahan. Yang ni, kena masukkan dalam bank dan kena konsisten. Contohnya, macam saya, untuk januari, saya akan masukkan RM144 dalam dompet ni. So, saya akan konsisten selama dua tahun, saya akan dapat RM3456. Saya sudah boleh beli lot di pasar malam, dan sewakan pada orang. So, saya akan dapat pendapatan pasif setiap bulan. 

6. CHARITY (AMAL) 5%

Duit dalam dompet ini adalah bertujuan untuk mencegah ketirisan pada dompet-dompet yang lain. Bagaimana? Dengan bersedekah. Jangan takut untuk bersedekah, kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda " Sedekah seseorang kamu yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan. Sedekah seseorang kamu itu akan dibalas oleh Allah s.w.t dengan 4 jenis pembalasan iaitu :

1) Satu sedekah yang akan dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin.
Contoh, saya sedekah RM5.00 kepada fakir miskin, Allah balas dengan 10 kali ganda, iaitu RM5.00 x 10 = RM50.00.

2. Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kaum keluarga dan sanak saudara.
Contoh, saya bagi RM100 untuk abah saya setiap bulan, Allah balas balik 70 ganda, iaitu RM100 x 70 = RM7000.

3. Satu sedekah yang dibalas dngan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman.
Contoh, adik kawan saya baru meninggal...saya sedekahkan RM10, Allah gandakan 700 kali, iaitut, RM10 x 700 = RM7000.

4. Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah seekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah.
Contoh, tiap hari saya sedekah RM5.00 kepada sebuah tahfiz. Allah akan gandakan sebanyak 1000 kali, iaitut, RM5.00 x 1000 = RM5000.

Yakinlah dengan janji Allah. Kalau x percaya, cuba mulakan hari ni. Cari tahfiz2 di seluruh negara. Hubungi mereka, dan minat no acc..beritahu niat anda untuk sedekah. Dan sedekahlah setiap hari, dengan konsisten...cubalah...


So, itulah tadi ENAM dompet yang saya wajibkan diri untuk simpan. Doakan agar saya konsisten dan FOKUS. I AM MONEY MAGNET!

Facebook : Maea Maezhra
Whatsapp : 0145708903
SUPERVISOR IN MARCH 




No comments:

Post a Comment