Thursday, January 29, 2015

EKZEMA, BUKAN PENYAKIT BERJANGKIT



Ekzema ialah satu keadaan di mana kondisi kulit adalah kering dan gatal. Ia juga adalah sebahagian daripada penyakit atopik. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi.

BAGAIMANA MENGENALPASTI EKZEMA?

Kulit kering, gatal, merah dan rekah yang kadangkala meleleh cecair dan mengalirkan darah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi seperti mana yang sepatutnya.

APAKAH RAWATAN UNTUK EKZEMA?

Satu perkara yang pesakit harus tahu ialah, ekzema atopi tidak boleh sembuh tetapi boleh dikawal.

Ekzema boleh dikawal dengan ubat sapu dan ubat makan.

Perkara paling penting untuk mencegah ekzema adalah menghalang atau mengelakkan daripada punca yang menyebabkan ekzema. Contohnya, jika sekiranya pesakit ekzema makan makanan laut, ekzema menjadi semakin teruk...maka elakkan dari makan makanan laut seumur hidup!! serius??? ya, serius!!

Pesakit ekzema selalu buntu untuk memilih makanan yang mereka boleh makan tanpa ragu-ragu. Pemilihan makanan yang terhad menyebabkan mereka cenderung untuk TIDAK mendapat nutrien makanan yang mencukupi. Ada yang berpantang makan ikan dan ayam....hmmm...dari mana dapatkan sumber protein kalau begitu? Sedangkan protein perlu untuk membina sel2 baru.

Oleh itu, adalah amat digalakkan kepada pesakit ekzema untuk mendapatkan makanan tambahan bagi memastikan badan mendapat nutrien dan zat yang mencukupi. Selain itu, makanan tumbuhan juga perlu bagi "memacu" pertumbuhan sel kulit yang sihat dan baru serta meningkatkan imunisasi badan.

SUPLEMEN UNTUK PESAKIT EKZEMA

Bagi yang belum pernah mengamalkan apa2 suplemen, lebih baik dimulakan dengan herb lax atau alfalfa bagi tujuan pembersihan usus dan proses detoksifikasi. Proses ini perlu untuk menghilangkan segala toksik dalam badan yang merupakan punca kepada pelbagai penyakit.


Bagi memastikan, pertumbuhan sel-sel kulit yang baru dan sihat, digalakkan untuk mengambil ESP. Manakala bagi membantu melembab dan menyuburkan kulit, pesakit disarankan untuk mengambil Lecithin.




Seterusnya, bagi menghilangkan gatal-gatal pada kulit serta kesan kering dan inflamasi, pengambilan suplemen berikut adalah disarankan


Terakhir sekali, bagi menyekati respon alergik pada tubuh, digalakkan untuk mengambil Vitamin C 500mg SR yang mengandungi flavonoid



serta Omega Guard yang mampu mengintegrasi sistem imun dan memperbaiki simptom alergi kulit.





SELAIN DARI MAKAN SUPLEMEN, APA LAGI YANG PESAKIT EKZEMA PERLU LAKUKAN?

  • elakkan dari habuk dan debu
  • elakkan dari cuaca yang terlalu panas dan kering
  • banyakkan minum air
  • positifkan pemikiran 
Apa sekalipun yang kita amalkan, niat dan keyakinan itu perlu. Tanpa niat untuk sembuh, mungkin suplemen akan hanya jadi satu pembaziran. Dan, tanpa keyakinan yang jitu, kesembuhan pasti malu untuk bertamu..kerana like attracts like...anda suka sembuh dan sihat..pasti kesembuhan dan kesihatan itu hampir pada anda..

Saya pula suka berkongsi apa yang customer saya makan sehingga sembuh, dengan harapan ramai lagi pesakit ekzema di luar sana yang tahu mengenai suplemen ini dan berupaya untuk mengatasi masalah mereka. Jaga kesihatan, kerana kesihatan itu tiada galang gantinya..

Salam sayang
Maea Maezhra
0145708903
Supervisor March 2015



Wednesday, January 28, 2015

KENAPA PERLU VITAMIN C??



Vitamin C adalah vitamin yang paling kerap diambil oleh mereka yang prihatin tentang kesihatan dan kecantikan...macam saya..^^
Serius, vitamin C adalah vitamin pertama yang saya amalkan sebelum vitamin E. Kenapa? Banyak sangat jawapan kepada kenapa tu..Tapi sebelum saya jawab, saya nak share bahawa 

vitamin C adalah sangat tidak stabil

Ia sangat mudah rosak apabila terdedah kepada pencemaran, stress (tekanan), proses oksidasi (pendedahan kepada udara), merokok, caffein dan sebagainya. Dan, ia tidak dibuat atau dihasilkan SENDIRI oleh badan kita. Oleh itu, pengambilan dari sumber luar adalah amat penting bagi memastikan badan kita mempunyai bekalan vitamin C yang mencukupi. 

vitamin C adalah larut dalam air

Ia mudah dibuang melalui air kencing dan juga peluh. Oleh itu, pengambilan berterusan adalah penting bagi memastikan kadar vitamin C dalam badan kita dalah mencukupi bagi kita mencapai kesihatan dan kecantikan maksimum.

APA KESAN KEKURANGAN VITAMIN C PADA BADAN MANUSIA??

  • Pendarahan dalaman (haemorrhages), di mana tanda-tanda lebam hitam biru di seluruh badan. Kalau dulu, orang tua-tua kata dihisap hantu...lepas tu kena sapu bawang putih kat tempat lebam tu...heheh..sebab saya ni banyak kesan lebam tu...dulu memang hari2 bau bawang putih...sebab nak elakkan dari lebam lagi..dan lagi..tapi, setelah saya kaji..chewahh..rupanya badan saya bagi alarm yang saya kurang vitamin C..sebab saya ni caffein-drinker...sehari boleh habis 7-8 mug nescafe...tapi sekarang tidak lagi..malahan..kulit makin supple dan pinkish...ewahhh
  • Gusi berdarah dan tidak kuat...saya antara penghidap gusi berdarah dulu-dulu..
  • Keletihan dan badan berasa lemah
  • Sakit otot dan sendi
  • Kulit kering
  • Rambut bercabang
  • Hidung berdarah
  • Penyembuhan luka yang lambat
  • Masalah melawan jangkitan penyakit
  • Pendarahan dalam sendi menyebabkan sakit sendi yang teruk
  • Perubahan dalam tulang
  • Kehilangan gigi

ADA BEBERAPA KUMPULAN MANUSIA YANG MEMPUNYAI KADAR VITAMIN C YANG RENDAH DALAM BADAN

  • Perokok. Sebatang rokok boleh memusnahkan 25mg vitamin C di dalam badan. Kajian ke atas air kencing perokok yang menghisap 20 batang rokok sehari, mendapati tidak ada (hanya sedikit) kesan vitamin c.
  • Pesakit kencing manis. Pesakit diabetes biasanya kehilangan vitamin c melalui pembuangan air kencing yang kerap. Kajian menunjukkan, pesakit diabetes yang mengambil vitamin C pun tetap mempunyai kadar kekurangan vitamin C dalam badan mereka. Ini berlaku kerana kandungan gula yang tinggi menyebabkan berlakunya persaingan antara gula dan vitamin C. Pesakit kencing manis juga mempunyai kadar kolagen yang rendah (akibat kekurangan vitamin c ) menyebabkan proses penyembuhan luka terjejas. Perubahan-perubahan yang terjadi pada protein dan free radicals menyebabkan pesakit kencing manis lebih terdedah kepada kompilasi seperti katarak. kerosakan saraf, kerosakan buah pinggang.
  • Pesakit kanser.
  • Alcoholic
  • Pesakit Rheumatoid Arthtiris
  • Ahli sukan lasak.
  • Pesakit yang mengalami pesakit kronik seperti selesema, batuk, jangkitan kuman dan sebagainya.
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti aspirin, perancang, antibiotik dan sebagainya.
  • Pesakit yang dirawat dihospital atau yang baru saja menjalani pembedahan. Perasan tak, kalau kita pergi klinik, tak kiralah sakit apapun, mesti kena bagi vitamin c sekali...sebab doktor nak "boost" imunisasi kita supaya boleh lawan virus atau bakteria yang menyerang. 

Oleh itu, vitamin C sebenarnya amat penting pada manusia. Boleh dikatakan dari hujung rambut ke hujung kaki kita memerlukan vitamin C.

RAMBUT

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa (tenaga). Radikal bebas ini akan merosakkan rambu dan menyebabkannya menjadi nipis dan rapuh. Oleh itu, rambut memerlukan ejen antioksida, yang boleh didapati dari vitamin C bagi memerangi radikal bebas ini. Mereka yang mengambil vitamin C dalam kuantiti yang mencukupi mempunyai rambut yang lebat, kuat dan sihat. 

Kelemumur terbentuk apabila sel kulit kepala mati dan tidak dibersihkan dengan baik. Ia boleh merosakkan folikel rambut dan jika tidak dirawat akan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria yang terdapat pada kulit kepala. Ia memmbantu untuk menghilangkan kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh lebih sihat. Ia juga mempunyai ciri-ciri anti viral yang boleh mengelakkan kulit kepala dari kering dan gatal. 

Rambut gugur adalah disebabkan oleh perembesan hormon yang tidak stabil oleh kelenjar adrenal. Vitamin c mampu menyeimbangkan kelenjar adrenal dan mengurangkan rambut gugur. 

Rambut lebat yang menjadi dambaan semua wanita boleh dicapai melalui pengambilan vitamin C kerana ianya membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari darah termasuk di bahagian kepala. Pengaliran darah yang sihat menjamin pertumbuhan rambut yang lebat dan kuat.

Vitamin c juga berupaya untuk mengekalkan warna rambut dan mengelakkan uban.

KULIT

Kulit sering terdedah kepada radikal bebas akibat pendedahan kepada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan sunburn. Pendedahan kepada radiasi ultra ungu yang berterusan tanpa pelindung boleh menyebabkan barah kulit.

Kolagen yang merupakan gabungan hydroxyproline dan hydroxylysine, memberi kesan gebu  dan menyamaratakan tona warna kulit. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit menjadi kusam dan tidak bermaya. Kolagen melembabkan kulit dari dalam dan menngurangkan kedutan dan tanda penuaan. Vitamin C berupaya merangsang pembentukan kolagen.

Vitamin C digunakan secara semulajadi oleh badan untuk menyembuhkan luka  dan menggantikan tisu yang rosak. Ianya meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi pertumbuhan sel kulit baru yang lebih cepat.

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.


Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.


Vitamin C dengan dos yang betul melindungi penyakit dari jangkitan kuman dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. 

Vitamin C mengurangkan kesan demam dan bertindak sebagai anti histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik pada badan seperti sakit badan, selesema dan kesakitan. Ia juga mengawal alergi yang menyebabkan demam, mengurangkan paras histamin dan mempercepatkan penyembuhan demam. 

Vitamin C adalah merupakan ejen anti oksida yang sangat hebat dan berkesan dan mampu melindungi badan daripada radikal bebas yang memberi kesan oksidatif atau "sel karat". Radikal bebas ini mampu memberikan kesan tidak baik kepada badan seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian untuk mendapatkan tekanan darah yang tinggi.

Vitamin C memastikan pengembangan saluran darah berlaku dengan baik dan berkesan. Pengembangan saluran darah yang baik ini mampu mengurangkan kadar atherosclerosis, menjauhkan kolesterol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

Keracunan plumbum yang disebabkan oleh pemakanan makanan segera dan pendedahan kepada alat kosmetik yang mempunyai kadar plumbum yang tinggi boleh menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak, serta kegagalan fungsi buah pinggang dan tekanan darah tinggi dikalangan orang dewasa. Vitamin C mampu mengurangkan kadar plumbum dalam darah. 

Vitamin C dan jus juga telah terbukti membantu untuk kurus dan mendapatkan badan yang ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya akan memasukkan vitamin C yang tinggi dalam diet pesakit yang ingin menurunkan berat badan. Para doktor mendapati dengan memakan makanan yang tinggi kadar vitamin C mampu merendahkan paras insulin.

Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan yang disebabkan oleh perembesan hormon kortisol yang tinggi. 

Pengambilan vitamin C dalam dos yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan pengaliran darah ke mata. Pupil mata kita memerlukan vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan kanta mata menjadi legap atau katarak. 1000mg vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

Ciri-ciri antioksida pada vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan termutasi dan mengelakkan sel barah dalam jangka masa yang panjang. ia meningkatkan imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu daripada terbentuk dalam badan. ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga mampu menghasilkan Vitamin E yang juga merupakan antioksida yang sangat baik. Apabila imunisasi badan meningkat, maka badan tidak akan mudah terkena jangkita dan terpelihara daripada sel barah. 

Vitamin C menghalang daripada terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebas daripada merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Apabila plak terbentuk, ia akan menyebabkan kolesterol teroksida yang menyebabkan serangan jantung. 

Vitamin C mengurangkan paras gula dalam darah dan ini adalah berita baik kepada pesakit diabetes. Ia mampu mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada.

Vitamin C mampu mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan alahan dan keradangan seperti asma. Vitamin c mampu mengurangkan risiko terkena asma.



HARUS DIINGAT

Vitamin C adalah vitamin larut air dan ia akan mudah untuk dibuang dari badan melalui proses perkumuhan atau air kencing. Badan tidak akan dapat menyerap vitamin C yang banyak dalm satu masa, oleh itu, amat penting untuk mengambil vitamin C yang mempunyai kadar pelepasan berterusan secara semula jadi atau SUSTAINED RELEASE. Sustained Release Vitamin C SHAKLEE telah direka dengan pembebasan berterusan secara semulajadi. Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam badan kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet vitamin C shaklee (didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120 mg bioflavonoid yang juga dikenali sebagai vitamin C complex dan 25% dari bioflavonoid diekstrak dari kulit buah. Baioflavonoid mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas. 

So, sekarang kita dah tahu kepentingan vitamin C ni.. Cuma tinggal nak amal je..kesihatan memang xda galang ganti...kalau nak, boleh whatsapp 0145708903..saya bagi harga eksklusif...^^


Salam sayang

Maea Maezhra
0145708903
Supervisor March 2015

Saturday, January 24, 2015

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PERKAHWINAN



Assalammualaikum....saja nak share skrip pengacaraan majlis perkahwinan yang bakal saya terajui bersama my man...hikhikhik..majlis pada malam ni, 25 januari 2015. Semalam, dah pergi reherashal..wah...majlis yang penuh adat istiadat masyarakat Bajau di Semporna Sabah... 

Rasa seronok dan teruja. Saya memang suka bidang pengacaraan ni...heheheh...berkecimpung sejak dari zaman Maktab lagi...chewahhhh...kemudian bila dah kerja ni, memang kerap dipanggil untuk mengacarakan majlis. Masa awal-awal tu..memang kalut..sebab nak siapkan skrip kan..tapi, semenjak dah pro ni...hahahah...angkat bakul sekejap...dah boleh handle nervous tu..kikikiki

Majlis malam ni penuh protokol...so, nervous memang nervous...tapi...bak kata pm cery...redahhh jerr...so, saya kongsikan skrip pengacaraan tu di sini. Kawan-kawan yang nak guna pakai..saya halalkan..sebab saya pun cedok dari banyak blog...heheheh...

Oh ya...gambar atas tu sekadar gambar hiasan ye... saya amek dari Mr. Google...kalau terkebetulan, ada yang punya...minta maaf ya...saya suka tengok....comel......

SKRIP PENGACARA MAJLIS PERKAHWINAN MINAH BINTI ABDUL AZIZ DENGAN MUHAMMAD NUR FAEZ HAZREQ BIN ABDULLAH

SKRIP
QUE

1
(7.30 mlm)
Mulakan majlis









BABAH
KETIBAAN PARA TAMU / UNDANGAN

Bissmillahirrahmannirahim..
Alhamdulillahirabil alamain
Wassalatu wassalamu ala Rasulillah
Wa ala alihi wasahbihi waman walah

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah bersusun jari sepuluh

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon nagka
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah dengan adat pusaka


Assalammualaikum WBT dan salam 1 Semporna

Alhamdulillah..bersyukur kita ke hadrat Allah swt di atas limpah kurnia, taufik hidayah serta inayah dariNya, dapat kita bersama-sama dalam majlis yang penih barakah ini.

Bagi pihak tuan rumah bersama, kami mengalu-alukan kehadiran para hadirin yang sudi bersama-sama menyerikan majlis perkahwinan Raja sehari kita, MUHAMMAD NUR FAEZ HAZREEQ BIN ABDULLAH dengan permaisuri hatinya MINAH BINTI HJ ABDUL AZIZ di KAMPUNG KABOGAN yang permai lagi berkat ini.


2
7.40 mlm
Ketibaan wakil pengantin lelaki menghantar kopor/bag/hantaran dan diletakkan di tengah astaka

Di sambut oleh dua orang wakil pihak perempuan

Wakil dari pihak perempuan akan membuka kopor dan payung pakaian.

Zam-zam (syair) yang didahului oleh pihak pengantin perempuan dan diikuti oleh pihak pengantin lelaki.

Kopor pakaian pengganti diri
Kepada si dara pujaan hati
Sebagai tanda kasih terpatri
Tersemat kukuh di dalam hati

Mengumumkan ketibaan wakli dari pengantin lelaki.

Kelihatan di atas astaka sekarang ini, kopor pakaian/bag/hantaran dari pihak lelaki. Kopor ini akan disyairkan oleh wakil dari pihak lelaki dan akan disambut oleh wakil dari pihak perempuan sebagai simbolik penerimaan pengantin lelaki ke dalam keluarga pengantin perempuan.














3
7.45 mlm
Majlis Ijab dan kabul







Pengantin lelaki dibawa masuk oleh wakil kerabatnya


HONEY

Pengantin perempuan dibawa masuk oleh wakilnya




BABAH






Khutbah nikah dibacakan.

Akad nikah dijalankan.

Doa nikah oleh jurunikah.

Air Wudhu dibatalkan.


HONEY
IJAB KABUL/AKAD NIKAH

Tanpa membuang masa, majlis menjemput ayahanda kepada pengantin perempuan untuk menjemput dan mempersilakan Tuan Juru nikah,

Beserta saksi ke pentas utama untuk memulakan majlis ijab kabul pada malam yang bersejarah ini.

Anak cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pengantin lelaki segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih..

Dipersilakan pengantin lelaki ke pentas utama


Permaisuri melangkah penuh beradat
Diiring dayang ke singhasana
Teratur tingkah tanpa tersekat
Anggun ayu nan mempersona

Dipersilakan pengantin perempuan menuju ke pentas utama

Dengan ini, majlis diserahkan kepada

Selaku JURUNIKAH pada majlis ini untuk memulakan upacara akad nikah.











Alhamdulillah...dengan sekali lafaz ..termetrailah ikatan dua hati di antara MINAH BINTI HJ ABDUL AZIZ dan MUHAMMAD NUR FAEZ HAZREEQ BIN ABDULLAH.

Majlis mempersilakan ayahanda pengantin perempuan untuk mempersilakan JURUNIKAH dan SAKSI untuk kembali ke tempat duduk.
Burung Nuri hinggap di balai
Balai seri buatan Pak Tua
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum dua mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan.
4
8.25 malam
Adat santapan/adap-adapan pengantin



Sedulang nasi pulut diletak di atas meja khas






BABAH




HONEY




Kedua-dua pengantin mencium tangan bonda masing-masing.












Majlis dijalankan penuh istiadat
Sebagai hasrat menongkah adat

Majlis diteruskan dengan adat santapan atau adap-adapan pengantin.





Dengan itu, majlis mempersilakan kedua-dua ibu pengantin perempuan dan lelaki, ke pentas utama bagi memulakan majlis.

Dijemput, ibu kepada pengantin perempuan, PN HJH ALBAIAH BT IMAM SALAH untuk meletakkan sejemput nasi adap ke tangan pengantin lelaki, dan disuapkan penuh kasih ke mulut pengantin perempuan.

Dijemput, ibu kepada pengantin lelaki, PN RAMIH ANAK SAMAT

Untuk meletakkan sejemput nasi adap ke tangan pengantin perempuan, dan disuapkan penuh kasih ke mulut pengantin lelaki.

Demikian tadi suapan penuh kasih
Penuh bererti dan berseni
Simbolik hidup sehidup semati

Majlis mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ayahanda dan bonda pengantin perempuan dan lelaki, dan majlis dengan hormatnya mempersilakan untuk kembali ke tempat duduk.
5
8.30 malam
Majlis Bersanding

Pengantin perempuan dibawa masuk ke singgahsana oleh wakil

Wajah pengantin perempuan ditutup dengan kipas, dan tabir dipasang sebagai halangan oleh penyair.


HONEY


Pengantin lelaki di bawa ke singgahsana oleh wakilnya.

Pengantin lelaki ditaburi beras kunyit oleh BONDA PENGANTIN PEREMPUAN.

Pengantin lelaki dihalang dan perlu memberikan cincin/dublun emas.

BABAH

Emas diserahkan, pengantin lelaki duduk disinggahsana








HONEY


Beransur reda debaran di dada
Sah sudah permaisuri rajanya
Langkah diatur menuju persada
Menanti sang raja melepasi wacana


Majlis mempersilakan, pengantin perempuan untuk menuju ke singgahsana.




Kini tiba giliran Raja
Melangkah tegap menuju singgahsana
Permaisuri menanti senyuman diwajah
Semoga Raja melepasi penyairnya

Majlis mempersilakan pengantin lelaki untuk menuju ke mahligai indah.









Kelihatan Raja sehari kita masih lagi berdepan dengan halangan untuk mendapatkan permaisurinya. Nampaknya, raja sehari kita perlu memberikan emas kepada penyair, sebelum penyair membenarkan Raja sehari kita bersemayam bersama permaisuri di singgahsana indah penuh bersejarah.

Akhirnya kesungguhan membawa berkah. Penyair kita berpuas hati dengan dublun yang di bawa, nun jauh dari Sarawak.







Hadirin sekalian
Inilah dia pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan raja sehari Minah binti Hj Abdul Sari dan Muhammad Nur Faez Hazreeq.
Dengan senyuman terukir manis
Saling menjeling tanda bahagia

6
8.45 malam
Bacaan doa





HONEY










































BABAH
Melayang tempua di atas permatang
Berkicau Merbah di hujung Muara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Yang Berhormat,
YB




Yang Berbahagia
Tuan Hj Aziz bin Osman dan Hajah Albaiah Imam Salah
Selaku ayahanda dan bonda kepada pengantin perempuan

Dan

Encik Gundi Anak Matan dan Puan Ramih Anak Samat
Selaku ayahanda  dan bonda kepada pengantin lelaki

Yang Berusaha
Tuan Haji Sappari bin Hj Osman, ayahanda saudara kepada pengantin perempuan



Yang dimuliakan




Yang dikasih
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah.

Kami sekali lagi mengalu-alukan kehadiran semua tetamu jemputan pada malam ini. Sesungguhnya kehadiran para tetamu sekalian amatlah bermakna dan menambahkan serinya majlis ini.

Semua yang hadir, termasuk kaum keluarga, rakan taulan dan sahabat handai ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada kedua-dua RAJA dan PERMAISURI kita, MINAH dan NUR FAEZ. Semoga mereka berdua tabah menghadapi hari-hari mendatang dan dapat hidup penuh bahagia dan dilimpahi kasih dan sayang berkekalan.

Bagi menzahir hasrat dihati, marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Al-Fadhil  TUAN HAJI IBRAHIM OMAR LASA BIN ABDULLAHKATA, dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Al-Fadhil  TUAN HAJI IBRAHIM OMAR LASA BIN ABDULLAHKATA atas pimpinan bacan doa sebentar tadi.

7
8.50 malam
Jamuan makan

HONEY


Jambangan Indah berbunga seroja
Diraut dibelai hiasan taman
Hidangan menyelera penuh semeja
Jemput mempelai santapan berteman

Majlis dengan ini mempersilakan semua hadirin, khususnya tetamu-tetamu kehormat untuk menjamu selera. Usah malu, usah segan, tak cukup sepinggan, kita minta nasi tambahan. Dipersilakan semua.


Sambil Raja & Permaisuri sehari menikmati santapan dan tetamu kehormat serta para jemputan menikmati jamuan , majlis akan diserikan dengan iringan lagu dari band jemputan.
8
9.05
Pengantin kembali ke mahligai
Biodata pengantin











BABAH











HONEY
Hadirin sekalian

Duduk bersama disinggahsana
Meruntun hati untuk bertanya

Rasanya hadirin juga tertanya-tanya siapa gerangan Si Raja yang kacak dan si permaisuri yang jelita di atas pentas.

Untuk makluman para hadirin, Permaisuri Jelita yang sedang duduk anggun atas singgahsana, dan baru saja bergelar puan ialah PUAN MINAH BINTI HAJI ABDUL SARI. Beliau yang memulakan persekolahannya di SK KABOGAN SEMPORNA , sebelum melanjutkan pelajaran ke SMK KABOGAN SEMPORNA dan SMK DATUK PANGLIMA ABDULLAH. Demi mengenggam segulung ijazah, beliau melanjutkan pelajaran di UNITAR dan akhirnya berjaya mendapatkan IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDKAN. Beliau kini menjawat jawatan sebagai seorang pendidik di SMK BUGAYA SEMPORNA.

Raja kacak yang duduk bersemayam di sebelah permaisuri pula, dan baru saja bergelar suami, ialah MUHAMMAD NUR FAEZ HAZREEQ BIN ABDULLAH. Beliau memulakan zaman persekolahannya di SK NANGA ENTAIH, JULAU, SARAWAK dan SMK MERADONG, BINTANGOR juga di negeri SARAWAK. Hasrat untuk menggenggam segulung ijazah membawa NUR FAEZ ke UNIVERSIT MALAYSIA SABAH dan akhirnya berjaya membawa pulang ijazah yang diidam-idamkan iaitu IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA DAN KEPUJIAN.

Bak kata orang, ikan di laut asam di darat, dalam kuali bertemu juga.
Begitu juga dengan raja sehari kita, Raja Kacak dari Sarawak, Permaisuri jelita dari Semporna Sabah..
Bertemu semasa masing-masing sedang giat menjalankan perniagaan...pada tahun 2013
Dan benarlah kata orang..
Punca rezeki, 9/10 datangnya dari perniagaan...dan ianya terbukti sekarang..selain rezeki dari segi material...Allah menghadirkan rezeki pasangan hidup yang abadi....alhamdulillah..

Kedua mempelai kita menyulam kasih hampir dua tahun, sebelum memutuskan untuk mengikat tali pertunangan pada 28 December 2014.
Dan bersaksikan kedua ibu bapa, serta para hadirin, sebentar tadi kita sama-sama menyaksikan penyatuan dua hati, antara Minah binti Hj Abdul Aziz dan Muhammad Nur Faez Hazreeq, semoga kekal hingga ke jannah...aamiin

9
9.10 malam
Ucapan tuan rumah

















BABAH


HONEY
Hadirin yang dirahmati Allah
Takkan sempurna alu atnpa lesungnya
Dayung juga tidak berguna tanpa perahunya
Tidak enak hidangan tanpa pemanisnya
Tidak moleklah majlis seindah ini jika tiada yang berbicara

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan tuan rumah, iaitu ayahanda saudara kepada pengantin perempuan TUAN HAJI ABDUL MENNANG BIN HJ OSMAN
Untuk menyampaikan sepatah dua kata-kata nasihat kepada pasangan pengantin dan ucapan penghargaan kepada sidang tetamu yang hadir. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada TUAN HAJIABDUL  MENNANG BIN HAJI OSMAN.

Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati daripada ayahanda saudara tercinta mendoakan agar ikatan yang terbina sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Aduhai Minah dan juga Faez
Janganlah risau jangan gundah
Ambik senang ambik mudah
Pesan tok imam dalam khutbah nikah
Sentiasa waras dalam susah

Jangan seperti retak menunggu belah
Rahsia di rumah jangan di bawa ke tanah
Didengar orang jadi fitnah
Banyak sabar banyak tabah
In sha Allah rukun damai seisi rumah

Pesanan bukan sekadar madah
Cetusan tulus tidak berbelah
Jangan lupa pesanan ibu dan ayah
Usah disanggah pesanan atuk dan opah
Semoga dikurniakan anak yang soleh dan solehah
Kami doakan semoga Minah & Faiz dianugerahkan dengan perkahwinan yang penuh barakah.

Penyerahan tugas kepada band jemputan
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan..
Majlis kita masih diteruskan.

Kepada semua hadirin yang turut menyerikan majlis ini, ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kami hulurkan.
Dengan ini, majlis ini diserahkan kepada band jemputan untuk diteruskan dengan acara MAGLAMI-LAMI


Nanti saya update gambar malam ni...till then...mmuahh

Maea Shaklee
0145708903
Supervisor in March 2015